Search This Blog

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label physics form 5. Show all posts
Showing posts with label physics form 5. Show all posts

Monday, 8 April 2013

Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka



1.Ibn Haitham (965-1040 M)
Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.

2. Al-Biruni (973-1048M)
Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.

3. Suhrahwadi
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik

sumber daripada 
http://justnaim.wordpress.com/sudut-fizik/

Sunday, 5 February 2012

Kenapa belajar FIZIK?
Fizik adalah pembelajaran menarik dan penting untuk memahami dunia sekeliling, dunia dalam badan manusia, tumbuhanan dan haiwan serta dunia yang tidak terjangkau daripada penglihatan kita di alam semesta. Fizik adalah satu cabang sains yang paling asas.
Fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.

Fizik mencabar imaginasi dan pemikiran manusia dengan konsep seperti relativiti dan theori kuantum, dan ia membawa kepada penemuan besar, seperti komputer dan laser yang membawa kepada teknologi yang mengubah kehidupan kepada penyembuhan sendi, rawatan kanser, pengawetan, serta pembangunan penyelesaian tenaga.
Seperti Sains? Ia Mula dengan Fizik
Fizik merangkumi kajian alam semesta dari galaksi terbesar kepada zarah subatom yang paling kecil.

Lebih-lebih lagi, ia adalah asas sains yang lain, termasuk kimia, oseanografi, seismologi, dan astronomi (dan boleh digunakan kepada biologi atau sains perubatan).